Selangit Kejayaan

Selangit Kejayaan 

Guru Besar SK. Penagatan turut menerima Sijil dan hamper penghargaan
dari tuan rumah penganjur MSSSZP 2016

Keningau 19hb Oktober dan 20 hb Oltober 2016, MSSS Zon Pegalan telah berlangsung dengan penuh warna - warni di Kompleks Sukan Keningau dengan jayanya. Sebanyak 10 buah sekolah berentap merebut gelaran juara keseluruhan.

SK. Penagatan, Keningau di bawah pimpinan Guru Besar Baru En. Asrin Mohd Halim berpuas hati dengan pencapaian tempat ke 5 sahaja apabila mendapat 1 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Atlet lelaki yang berjaya mencapai emas dalam acara lompat jauh lelaki ialah Juyen Juani, manakala Sharizan Fian mendapat perak dalam acara acara hadle 80 meter serta Izwandin Jaslin mendapat gangsa juga dalam acara  hadle 89 meter.

MSSS Zon Pegalan kali ke 50 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Athur Joseph Kurup. Kelihatan pemimpin muda ini senyum ceria menyampaikan hadiah kejayaan SK. Magatang merebut gelaran juara dalam acara pertandingan lintas hormat kali ini. 

Selain itu kejayaan terbesar SK.Magatang apabila berjaya mendapat Naib Johan keseluruhan dalam acara sukan kali ini. Dan lebih gembira apabila peserta perempuan bernama Riva telah berjaya dinobatkan sebagai olahragawati sukan MSSSZP kali ke 50 2016. Pastinya kejayaan seumpama ini bagaikan selangit di awan nan biru. Syabas dan tahniah SK.Magatang, Keningau.


 Menjulang kejayaan ..julung kalinya memenangi acara perbarisan..SK.Magatang hebatnya

Turut menjayakan MSSSZP 2016 adalah terdiri dari SK. Menawo ( Juara ) SK. Sodomon ( Ketiga ), SK. Pekan 2 ( keempat ) SK. Ambual, SK. Membulu, SK. Rancangan Biah, SK. Kg.Biah, SK.SK. Ansip. Syabas dan tahniah semua. Olahragawan dalam kesukanan kali ini pula telah di bolot oleh Marshal dari SK. Pekan 2, Keningau.
Selangit kejayaan SK.Magatang, Keningau dalam sukan MSSSZP 2016

kelihatan petugas sebagai penyelia dan pembawa peserta..


Hebatnya ..sangat meriah dan berwarna - warni..

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. TAHNIAH KPD MURID2 YG CAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DLM SUKAN

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada guru2 dan murid2 sekolah2 di Zon Pegalan yang menjayakan majlis sukan MSSZP.
    tahniah juga kepada SK Menawo yang menjadi juara.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.