Bantu Promosi Isuzu Dmax

Bantu Promosi Isuzu Dmax
Awal pagi sudah ke uadara maya. Hari ini mood bagus apabila klik facebook Etuza ada tag orang tentang kereta segak bergaya iaitu Isuzu Dmax yang sangat terkenal masa kini. Tag datang dari agen jual kereta Ryan Isuzu Dmax. Dan yang pastinya Ryan ini orang Sabah, seorang ahli perniagaan. Klik atau skrol blog Etuza anda akan kenal orang bernama Ryan.

Berbicara tentang kereta, brand ini atau style ini yang diidam-idamkan oleh isteri Etuza dahulu.Dia suka, tetapi masa itu anak-anak masih kecil dan ada 7 orang pula tu. Maka Etuza lebih pentingkan mereka selesa duduk dalam kereta Exora yang boleh muat cukup untuk anak-anak Etuza. Rezeki dapat Exora. Exzora kami pun dah berusia tetapi tetap Etuza puas hati service Exzora ini. Syukur kepada Allah kerana dalam memandunya ke mana-mana dalam keadaan selamat. Mestilah memandu berhemat dan mohon selalu dijauhkan bala bencana.

Baiklah, hal Ryan ahli perniagaan kereta ini. Anda akan lihat no telepon saudara Ryan. Nah..jika berminat sila cal Ryan, mana tau anda dapat hubungi dia dan boleh berunding baik-baik harga Dmax ni. Cantik bergaya. Adik Etuza sudah drive Dmax warna biru. Bergaya juga kelihatannya sesiapa yang ada Dmax ini.Selamat membeli, jangan malu-malu. Kepada penggemar kereta Dmax mari bersama Etuza melihat mana satu pilihan di hati.








Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Samalah dgn saya, exora tetap pilihan no.1, maklumlah anak2 dah besar & senang nak angkut bersama brg2 kepwrluan semasa prgm rasmi..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.