Gembira Bertemu Tuan Muda Pemimpin Muda

Gembira Bertemu Tuan Muda Pemimpin Muda
Tuan Athur semasa datang melancarkan penyerahan 
Bantuan Awal Khas Persekolahan 2017.
 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dalam sekitar jam 11.00 pagi pada hari Ahad lalu bersamaan 11.3.2017 Tuan Athur Tan Sri Joseph Kurup tiba di sekolah dan rombongan  menuju ke Dewan Terbuka SK.Penagatan, Keningau. Kelihatan pemimpin muda ini tersenyum menyambut salam dari tetamu yang hadir khasnya ahli-ahli PIBG yang menanti agihan bantuan awal persekolahan RM100 tiap seorang yang telah tersenarai layak iaitu seramai 145 orang murid. Tuan Athur Tan Sri Joseph Kurup adalah Timbalan Presiden Parti PBRS.

Kehadirannya amat ditunggu sementalahan Mesyuarat Agung PIBG sesi 2017 baru sahaja selesai dijalankan dengan menetapkan semula AJK Tertinggi termasuk nama Etuza disenaraikan sebagai AJK Tertinggi bagi sesi 2017. Jelas diwajah ibubapa merasa gembira dengan kehadiran pemimpin muda ini. 

Dalam ucapan Tuan Athur ada menyalurkan terus tanpa berselindung informasi penting dari kerajaan yang diterajui oleh PM Malaysia. Katanya inilah antara nikmat kepada rakyat apabila ada GST dijalankan di Malaysia.GST telah membantu membangunkan ekonomi negara dan hasilnya kini diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.Walaupun GST dikecam pada awal perlaksanan tetapi masih terus dijalankan segingga kini sebagaimana negara - negara maju lain yang mengamalkan GST.

Kenangan bersama pemimpin mesra rakyat ini.

Katanya lagi, pada hari ini ibubapa yang ramai anak dan layak BAKPS pasti lebih merasakan kegembiraan mendapat rezeki yang disumbangkan kepada mereka. Namun tuan muda ini berpesan agar manfaatkan lah agihan wang tersebut dengan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Walaupun sebenarnya terserah kepada ibubapa bagaimana menggunakan wang tersebut tetapi diharap gunakan sebaiknya dan jangan tersilap menggunakan wang tersebut tanpa membawa manfaat yang lebih baik.

Akhirnya tuan muda Athur mengucapkan kepada warga SK.Penagatan atas jemputan yang julung kali di SK. Penagatan.Tuan Athur sekali lagi merasa amat puas hati kerana SK. Penagatan kini memiliki Dewan Terbuka yang luas dan sebuah surau baru serta jalan raya yang telah di aspal hingga ke pintu pagar masuk ke kawasan sekolah. 
Ketibaan Tuan Athur di sambut oleh Guru Besar Sekolah
dan ahli PIBG.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terserlah kegembiraan wajah cikgu-cikgu menyambut pemimpin muda.
    Semoga terus berbakti kepada rakyat dengan jujur dan amanah.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.