Herba Tongkat Langit Di Laman Etuza

Herba Tongkat Langit Di Laman Etuza

Kelihatan Daun Herba Tongkat Langit Berkilat
Unik  Kelihatan... Cantikkan..

Bertemu lagi dalam paparan halaman utama blog Etuza, semoga sihat dan ceria di malam hari ini.Paparan bergambar yang menceritakan herba tumbuhan yang sinonim dengan panggilan Tongkat Langit. Nama Tongkat Langit yang orang desa panggil Tongkat Langit seolah membayangkan kepada kita betapa unik tumbuhan ini hingga digelar Tongkat Langit. Nama saintifik apa pula tumbuhan ini di panggil, pasti akan diketahui juga nanti.

Herba Tongkat Langit ini banyak tumbuh di hutan atau di kebun getah.Corak daunnya yang bercabang dan panjang memperlihat kan urat jejala yang menarik sekali. Herba Tongkat Langit ini boleh di makan pada batangnya ketika muda. Jika di jual di mana-mana dengan cara diikat seikat pasti seketika akan terus dbeli oleh penggemar Tongkat Langit.

Kini di Laman Etuza telah ada dua pasu herba Tongkat Langit ini. Harap Tongkat Langit itu akan membiak dengan banyak suatu masa nanti.Bukan sahaja menghiasi laman Etuza tetapi boleh diambil batang muda untuk dijadikan juadah sayuran atau dijadikan ulam.Tidak sabar melihat herba Tongkat Langit ini menjadi banyak.

Tongkat Langit ini sebenarnya Etuza beli dari orang lain yang telah membawa benih Tongkat Langit kepada Etuza. Oleh kerana Etuza mengenali orang itu maka Etuza dengan ikhlas membeli benih Tongkat Langit ini dengan harga berpatutan.

Inilah herba tumbuhan t=yang kami panggil Tongkat Langit. 
Herba ini antara herba tumbuhan yang laris walau di mana.




Catat Ulasan

0 Ulasan