Aliya Sudah Daftar Tingkatan 1 ( 17 Nov 2017 )

 Aliya Sudah Daftar Tingkatan 1 ( 17 Nov 2018 )
Salam Sejahtera.


Aliya & Anis Syafiqa ketika jadi ratu Rumah Sukah Merah 
ketika usia 9 tahun 

Aliya anak bongsu Etuza selesai mendaftar jam 11.00 pagi pada 17 Nov 201 7. Kesian menunggu begitu lama, sepatut mendaftar dari jam 8.00 pagi hingga jam 11.45 pagi di SMK Keningau, Sabah. Apakan daya ada tugas arahan dari Guru Besar. Etuza kena laksanakan selagi mampu mengurusnya. Tugasan akhir kemarin ialah Etuza dan seorang guru pemulihan bersedia menyambut 4 tetamu dari Jabatan Perpaduan ( Guru Tabika  Perpaduan ) yang datang melawat sekolah Etuza dalam usaha mereka memberi pendedahan awal kepada murid bakal tahun 1 di sekolah Etuza.

Aliya mendaftar tingkatan 1 di SMK Keningau, buat sementara untuk dapat kota tingkatan 1 dari PPD Daerah Keningau. Harap nanti Aliya berjaya ke aliran SMK Agama sebagaimana abang-abang dan kakak dia yang dahulu ke sekolah menengah. Bermakna tiada lagi generasi Etuza di sekolah rendah. Baru Etuza sedar, betapa kuat cabaran menyekolahkan anak kelahiran sendiri yang berjumlah 7 orang. Kini Aliya sudah ke alam tingkatan 1, rasa bagai bermimpi. Seingat Etuza terlalu banyak cabaran dan halangan pahit manis ketika menyekolahkan mereka di sekolah rendah. Hal-hal yang baik itu memang banyak namun tersirat keadaan tidak baik yang cukup menjadi kenangan dalam persekolahan anak-anak Etuza. Baiklah Etuza umumkan Aliya anak bongsu Etuza telah daftar ke tingkatan 1 pada 17 Nov 2017.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Wahhhh dah besar dah Aliya😉😉

    BalasPadam
  2. Cepaynya anak2 membesar..

    Tahniah Aliya, dah nak masuk form 1

    BalasPadam
  3. Dah besar anak etuza. Semoga Aliya cemerlang Di sekolah menengah Pula. Manis sangat aliya

    BalasPadam
  4. Kepada semua blogger dalam komen ni terima kasih doa dan ucapan ..pujian kita kembalikan kepada Allah ya..Dialah yg terbaik terhebat ..

    BalasPadam
  5. mesti rasa cepat je kan dorang membesar, semoga dia menjadi anak dan pelajar terbaik

    ppssst jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.