Apabila Sakit

Apabila Sakit 

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua.

Bunga Ros Di Halaman Rumah Etuza - Sekadar Hiasan Blog

Apabila sakit, sakit seluruh anggota badan dan tidak berselera makan, tidak dapat bangun dan dalam keadaan resah gundah gulana. Ya Allah sesungguhnya apabila seseorang itu sakit, sakit itu adalah ujianMu, caraMu menyedarkan hambaMu yang engkau sayangi. 

Apabila sakit, akan hilang kegembiraan dan bahagia. terasa ada ketakutan membelit diri, fikiran melayang-layang berbagai perasaan dan anggapan, menjadikan diri selalu berfikir yang bukan-bukan. Ya Allah pedihnya apabila di azab olehMu, apabila diberi kesakitan tubuh badan dan deritanya apabila hilang selera makan dan minum.

Kepada yang terlantar sakit itu, baik di rumah atau di hospital, cubalah bertenang dan bersabar, sesungguhnya tiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ada hikmahnya yang tersirat. Banyakkan berzikir mengingati kebesaranNya yakni Allah yang maha esa. Minta lah berdoalah kepada Allah agar sembuhkan penyakit yang di alami, berilah kembali nikmat selera makan, kerana kita masih ada keperluan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Tiada lagi tempat kita mengadu dan berdoa, hanya Dia yang satu tempat meminta iaitu kepada Allah. Dialah yang maha memberi dan merahmati serta memberikan kita rezeki.

Saat ini bapa mentua Etuza terlantar sakit di wad lelaki  tingkat tiga Hospital Besar, Keningau. Tidak berselera makan, dan berbagai keadaan yang menjadikan kami sekeluarga resah dan sedih. Semoga bapa mentua Etuza tabah dan segera sembuh. Adik beradik mama serta anak Etuza ( lelaki ) bergilir-gilir menjaga dan melihat memantau bapa mentua di Hospital Keningau. Di masukkan di wad pada maghrib kemarin. Etuza jemput mama di Hospital Keningau semalam balik rumah dan anak lelaki Etuza  mengganti menjaga bapa mentua. Ya Allah sembuhkan lah bapa mentuaku ya Allah. Aamiin.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Asalamualaikum sesiapa yang kurang sihat segeralah berjumpa doktor..

    BalasPadam
  2. GV doakan semoga bapa mentua Mr Etuza cepat sembuh. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.